Megenai Kami
SEJARAH AWAL KESATUAN GURU CAWANGAN SELANGOR
Sejarah perjuangan gerakan kesatuan dikalangan guru-guru bermula dengan penubuhan Union of Selangor Teachers pada 24.Ogos.1947 dengan seramai 41 orang ahli pengasas. Pada tanggal 12.Ogos.1954, pertubuhan ini dibubarkan dan NUT Cawangan Selangor diasaskan pula. Sejak penubuhannya NUT Cawangan Selangor sangat aktif dalam isu-isu perkhidmatan dan sosial . Menjelang tahun 1967, keahliannya telah mencapai angka 2,500 orang.
Para pemimpin sewaktu ini sangat prihatin terhadap soal-soal yang berhubung kait dengan martabat kaum guru. Ciri-ciri kepimpinan yang ditunjukkan oleh mereka menjadi sumber inspirasi dan teladan kepada pemimpin-pemimpin hari ini. Di antara tindakan yang diambil oleh mereka demi memartabatkan profesyen perguruan adalah seperti perhimpunan, piket, `Work-To-Rule’, ceramah dan mogok. Semua ini dijalankan semata-mata kerana untuk mempertahankan kaum guru. Kedudukannya yang dekat dengan ibu pejabat menyebabkan cawangan ini terlibat secara lebih aktif didalam semua rancangan yang dijalankan oleh ibu pejabat.
PENUBUHAN KPPK CAWANGAN SELANGOR
Pada tahun 1973 NUT dan KKGSK telah bergabung dan membentuk KPPK(NUTP). KPPK Cawangan Selangor telah didaftarkan secara rasminya pada 27.Jun.1974 dengan keahlian sebanyak 3115 orang . Mesyuarat pertama KPPK Cawangan Selangor telah diadakan pada September 1974.
PERJUANGAN KPPK CAWANGAN SELANGOR
PERJUANGAN ERA 1970-AN
Tempoh masa ini merupakan satu era yang amat mencabar. Para pemimpin ketika ini terpaksa menghadapi pelbagai tohmahan daripada berbagai-bagai pihak yang tidak senang dengan dua buah kesatuan gergasi yang mewakili kaum guru .
Berbagai-bagai langkah telah disusun di bawah kepimpinan Sdr.Ismawi b Hj Abdul Manan dan Sdr.A.Rajaguru untuk menyangkal segala tuduhan bersifat komunal dan tidak berasas ini .
Era ini juga merupakan satu masa di mana pemimpin di peringkat cawangan menumpukan segala masa dan tenaga ke arah menjadikan Cawangan Selangor sebagai cawangan yang terunggul .
Pelbagai seminar telah dianjurkan di peringkat negeri dan kebangsaan .
Untuk mendekatkan diri dengan ahli , Majalah Guru Selangor diperkenalkan sebagai wadah perjuangan guru .
Pada masa ini juga sebuah rumah teres dua tingkat dibeli sebagai pelaburan untuk masa depan .
Zaman ini boleh diumpamakan sebagai zaman kegemilangan KPPK Cawangan Selangor kerana bukan sahaja berjaya meningkatkan bilangan keahlian bahkan mengukuhkan kedudukan kewangan Cawangan Selangor .
Di samping itu era ini juga telah menampilkan ke hadapan ramai pemimpin yang berwawasan dan berwibawa seperti Sdr.Ismawi , Sdr. A.Rajaguru , Sdr.A.R.Peter , Sdr.P.Ramanathan , Sdr.Wong Boon San , Sdr.Bakhtiar dan ramai lagi pemimpin yang telah meneruskan wadah perjuangan kesatuan.
PERJUANGAN ERA 1980-AN
Pada abad ini tumpuan diberikan untuk memperbaiki dan memperjuangkan isu-isu perkhidmatan yang lebih baik .
Pada era ini dibawah kepimpinan Sdr A.Rajaguru telah berjaya mendapatkan Gaji Dua Skim untuk semua warga pendidik . Gaji kepada hanya 2 skim iaitu siswazah dan bukan siswazah .
PERJUANGN ERA 1990-AN
Misi perjuangan diteruskan di bawah kepimpinan Sdr.P.Ramanathan dan Sdr.Hj.AjidanHj.Hashim .
Di bawah kepimpinan mereka pelbagai usaha telah dijalankan untuk mewujudkan perhubungan yang harmoni di antara kesatuan dan jabatan .
Pada tanggal 21.Jul.1991 satu perhimpunan diadakan di Dewan Letchumanan Klang untuk mendesak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor mempercepatkan urusan perlaksanaan Gaji Dua Skim .
Sekali lagi KPPK Cawangan Selangor telah memperlihatkan kehebatnnya apabila ia tidak berpeluk tubuh bila seorang ahlinya menjadi mangsa ketidakadilan . Satu perhimpunan diadakan pada 1994 di Dewan Hamzah ,Klang untuk membela maruah ahli tersebut.
Misi perjuangan guru di Negeri Selangor diteruskan di bawah kepimpinan Sdr.Hamidi Mookkaiyah seterusnya Sdri.Pek Choon Moy dan barisan pemimpin yang berwibawa dengan satu motif iaitu menjadi pembela dan pelindung kepada warga pendididikan khususnya di Negeri Selangor.
PERJUANGN ERA Y2K
Bermula 9 Disember 1998 kepimpinan KPPK Selangor diterajui oleh Sdri. Pek Choon Moy. Sementara itu pada tahun 1999 Tn. Hj. Shahar bin Jailani telah bersara, penyandang jawatan pengerusi yang baru disandang oleh Sdr. Mokhatar bin Ahmad. Bermula detik itu satu gabungan yang mantap telah bergabung bagi memperjuangkan hak-hak guru.
KPPK Cawangan Selangor sekali lagi telah membeli satu bangunan yang beru di Shah Alam pada 24 Mac 2001. Perasmian bangunan baru telah disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia iaitu Dato’ Dr. Fong Chan Ong. Bangunan tersebut beroperasi sehingga kini sebagai pusat “one stop centre” bagi ahli-ahli KPPK Cawangan Selangor.
KPPK adalah kesatuan gabungan CUEPACS. Banyak isu dan tuntutan telah dibuat melalui CUEPACS. Sdri. Pek Choon Moy juga telah dipilih sebagai Pengerusi Cuepacs Bahagian Selangor sejak tahun 2002 hingga 2008, kemudian bagi tempoh 2010 hingga 2012. Sementara itu, Sdr. Suwedan a/l Sellappan (Naib Pengerusi NUTP Selangor) sebagai Pegawai Pendidikan CUEPACS Bahagian Selangor. Selain daripada itu, KPPK adalah gabungan dengan MTUC, Education International dan Asean Council Of Teacher. Isu-isu pendidikan juga boleh diselesaikan di meja rundingan Mesyuarat Pemuafakatan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia atau di peringkat negeri dalam Mesyuarat bersama Jabatan Pelajaran.
MATLAMAT KAMI
- Pembela kaum guru dan profesion keguruan
- Sentiasa prihatin terhadap perkhidmatan para guru
- Meningkatkan kebajikan ahli-ahli dari segi social dan material
- Membantu kaum guru memahami perananya dalam mengisi hasrat Falsafah Pendidikan Negara
- Meningkatkan imej dan martabat professionalisme guru