Keahlian
KEAHLIAN NUTP SELANGOR
Keahlian dibuka kepada semua Guru Kerajaan Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan berkhidmat di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Permohonan dikemukan kepada Cawangan.
Ahli-ahli yang telah bersara yang bersara atau meletak jawatan sebagai guru boleh memohon menjadi Ahli Bersekutu. Kemudahan adalah sama seperti ahli biasa tetapi tidak boleh mengundi atau memegang jawatan atau menyertai dalam jawatankuasa.
HAK SEBAGAI AHLI
Hak bagi ahli biasa terbahagi kepada 3 aspek :
a) Hak Pengundian:
- Ahli Biasa boleh menjadi pencadang atau penyokong kepada mana-mana ahli yang berminat untuk bertanding bagi mana-mana jawatan.
- Ahli Biasa layak untuk mengundi dalam kelakuan rahsia semasa pilihanraya cawangan atau ibupejabat.
- Ahli Biasa mempunyai hak untuk bertanding dalam mana-mana jawatan samada di peringkat cawangan atau ibupejabat berdasarkan jawatan kosong.
- Hak untuk terpilih sebagai Pemegang Amanah, Audit Dalaman, Pemeriksa Undi atau Penimbang Tara.
b) Hak Kewangan:
- Hak ke atas manfaat dari Tabung Kebajikan, Tabung Khairat Kematian dan Tabung Tindakan Perusahaan.
- Layak untuk memohon pengecualian yuran bulanan jika menyambung belajar atau menghadiri kursus lebih dari 6 bulan tanpa perlu membayar atau bayar separuh sahaja.
- Jika tidak bekerja atau mengalami penyakit kritikal, yuran bulanan ahli yang tertunggak akan diberi diskaun atau kadar istimewa dengan mendapat kelulusan bertulis daripada Lembaga Eksekutif atau Delegasi Persidangan.
- Hak ke atas pemeriksaan Buku Pendaftaran dan Akaun Kesatuan.
- Hak untuk membuat aduan bertulis kepada Audit Dalaman mengenai penyelewengan kewangan.
c) Lain-lain Hak:
- Hak untuk merahsia pengundian bertulis ke atas pindaan undang-undang KPPK merujuk kepada peningkatan yuran keahlian atau perkara berkaitan pengurangan manfaat kepada ahli-ahli.
- Hak untuk membuat rujukan bertulis berkaitan percanggahan industri ke Setiausaha Cawangan.
- Boleh menggunakan kemudahan yang disediakan oleh KPPK.
- Boleh menikmati penerbitan siaran KPPK dari masa ke semasa.
- Boleh menyertai mana-mana Skim Insurans yang diperkenalkan oleh KPPK.
- Jika terdapat tindakan disiplin diambil ke atas ahli, kes tersebut akan dirujuk kepada Tribunal Pengadilan dan merayu kepada Delegasi Persidangan, jika didapati bersalah oleh Tribunal Pengadilan.
TANGGUNGJAWAB SEORANG AHLI
- Perlu membayar yuran pada waktu yang ditetapkan dan berterusan.
- Perlu memaklumkan kepada Setiausaha Cawangan dengan segera jika berlaku pertukaran alamat atau tempat kerja.
- Perlu berkelakuan baik ketika menghadiri aktiviti kesatuan. Jika tidak, ahli tersebut dilarang menyertai mana-mana aktiviti jika didapati menunjukkan kelakuan buruk.
- Seorang ahli tidak dibenarkan mengedar mana-mana dokumen atau penerbitan dari KPPK tanpa kebenaran Lembaga Eksekutif atau Jawatankuasa Cawangan.
- Seorang ahli tidak dibenarkan mendedahkan atau memberitahu perkara berkaitan KPPK kepada bukan ahli, organisasi atau media tanpa kebenaran.
- Seorang ahli mesti membayar yuran tunggakan atau levi dalam masa 6 bulan selepas menerima penyata tunggakan. Gagal berbuat demikian menyebabkan kehilangan keahlian.
YURAN
Yuran Ahli Biasa:
- Yuran masuk (sekali sahaja) - RM 5.00
- Yuran Pendahuluan (sekali sahaja) - RM20.00
- Tabung Khairat Kematian (sekali sahaja) - RM10.00
- Tabung Pembangunan (sekali sahaja) - RM10.00
- Tabung Kebajikan (sekali sahaja) - RM10.00
- Yuran Ahli (bulanan) - RM7.00
- Tabung (bulanan) - RM3.00
Yuran Ahli Bersekutu:
Persidangan Perwakilan NUTP Ke -16 telah meluluskan usul bahawa, Ahli Bersekutu ini boleh membayar RM200.00 sekali gus (seumur hidup) dan tidak perlu membayar sebarang yuran bulanan atau tahunan lagi. Ahli-ahli ini akan menikmati faedah daripada Tabung Khairat Kematian / Tabung Kebajikan.
Semua Borang permohonan Ahli Bersekutu hendaklah dihantar ke NUTP Selangor untuk diproses dan dilulus oleh cawangan. Kad keahlian akan dihantar kepada saudara/saudari selepas permohonan saudara/saudari diluluskan.
MENGAPA PERLU MENJADI AHLI
Jika Anda Memerlukan Bantuan Undang-undang:
Sebagai seorang ahli, anda boleh memohon khidmat nasihat dan bantuan guaman dalam perkara berkaitan menjejaskan pekerjaan anda. Dalam kes istimewa, Perlembagaan Kesatuan juga menyediakan bantuan kewangan ke atas kes pengangguran, pemangsaan atau pembantahan profesional.
Jika Anda Ada Masalah:
Anda boleh guna perkhidmatan yang disediakan oleh KPPK berkaitan perkara pembetulan anomali gaji, cuti, pemindahan, persengketaan dengan pihak atasan dan kes disiplin. Kesatuan selalu berjumpa dengan pihak Kementerian Pelajaran / Jabatan Pelajaran secara rasmi untuk berbincang dan menyelesaikan masalah ahli-ahli. Anda tidak perlu menghadapi masalah sebelum anda dapat mendekati kesatuan, ia juga mendengar sebarang pertanyaan daripada ahli-ahli yang memerlukan khidmat nasihat.
Meningkatkan Profesionalisme:
Kesatuan menganjur ceramah, forum, seminar dan bengkel berkaitan isu pendidikan dan profesional untuk manfaat ahli-ahli. Aktiviti ini bertujuan mencari jalan penyelesaian untuk masalah pendidikan setempat, menyediakan arah tuju bagi ahli-ahli biasa dan pemimpin ke arah urusan profesional serta meningkatkan profesionalisme.